Monday 17 December 2012

Semua pekerja akan naik gaji pada tahun 2013



Pekerja bakal atau Akan naik gaji pada tahun hadapan??



Hampir setiap pekerja di Malaysia dijangka mendapat kenaikan gaji tahun depan, demikian menurut 

Laporan Workmonitor Randstad terbaru bagi suku keempat yang diumumkan semalam. 




Pengarah Randstad Malaysia, Jasmin Kaur, berkata empat daripada lima pekerja atau 82 peratus 

individu yang dikaji selidik membayangkan syarikat mereka mencatatkan prestasi yang baik tahun ini 

walau pun ekonomi berhadapan cabaran. 



Sentimen itu, katanya, adalah sejajar dengan prestasi kewangan perniagaan yang jitu di seluruh Malaysia. 





Ganjaran lebih baik 



“Pekerja memikul beban kerja yang lebih berat dan menjangka diberi ganjaran sebagai mengiktiraf usaha 

masing-masing pada tahun ini,” katanya. 




Kaji selidik di kalangan 405 pekerja Malaysia juga menonjolkan bahawa tujuh daripada 10 (71 peratus) 

pekerja menjangka menerima hadiah tahun ini seperti pakej Krismas atau baucar hadiah dan 94 peratus 

menjangka menerima satu ganjaran kewangan sekali saja. 




Perangkaan tertinggi 



Perangkaan itu adalah yang tertinggi daripada kajian di seluruh dunia di kalangan 14,780 pekerja 

daripada 32 negara. 




Responden rantau ini yang kurang keyakinan mengenai prospek kenaikan gaji adalah di China 

(82%, Singapura (76%), Australia (75 %), New Zealand (69 %) dan Jepun (42%). 



Jasmin berkata, adalah penting bagi majikan mengiktiraf kerja keras yang dilaksanakan pekerja pada 

tahun ini, berikutan kekurangan pekerja dan keperluan mendapatkan pekerja mahir. 


Mengikut laporan itu, dengan menawarkan ganjaran dan insentif, peneraju perniagaan akan dapat 


memotivasikan dan mengekalkan petugas yang menunjukkan prestasi yang baik. 



Bagaimana pun, adalah penting bagi para majikan menyeimbangkan perbezaan motivasi pekerja masing-

masing, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pekerjabakalnaikgajitahundepan/Article

No comments:

Post a Comment